PENYESUAIAN DIRI MUALLAF TERHADAP MASYARAKAT DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP)

  • Marlon P. Guleng Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Razaleigh Muhamat@Kawangit Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abu Dardaa Mohamad

Abstract

Penyesuaian diri diertikan sebagai interaksi seseorang individu terhadap dirinya, orang lain, masyarakat dan dunia luar secara terus menerus. Isu cabaran mualaf dalam penyesuaian diri terhadap masyarakat sering dikaitkan dengan kejadian murtad disebabkan keyakinan mereka terhadap Islam masih tidak begitu kukuh dan mereka gagal menyesuaikan diri serta kecewa dengan situasi baru yang dihadapi. Kajian ini bertujuan menganalisis jenis cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf dan bentuk pendidikan serta latihan amali yang dilaksanakan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) dalam mendidik dan melatih golongan ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis tahap penyesuaian diri mualaf terhadap masyarakat. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan terhadap 100 responden mualaf di IDIP Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Soal selidik telah diedarkan menggunakan persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling). Data yang diperoleh diproses dan dianalisa secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 20. Terdapat dua bentuk cabaran utama yang dihadapi oleh golongan mualaf selepas memeluk Islam. Antaranya ialah disindir oleh keluarga kerana memeluk Islam dan dilabel sebagai masuk Melayu. Manakala dapatan kajian berkaitan pendidikan dan latihan yang dilaksanakan oleh IDIP terhadap golongan mualaf memberikan keputusan yang positif di mana keberkesanannya dapat dilihat menerusi kemampuan golongan ini dalam menyesuaikan diri terhadap masyarakat dengan nilai dapatan skor yang tinggi. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap perkembangan dakwah dalam mencari satu kaedah baru bagi membantu para pendakwah Muslim dalam penyebaran dakwah Islamiah di kalangan bukan Islam di negara Malaysia khususnya.

Kata kunci: penyesuaian diri; cabaran; mualaf; masyarakat; pendidikan; latihan amali

Author Biographies

Marlon P. Guleng, Universiti Kebangsaan Malaysia

Department of Dakwah dan Leadership

emel: muhdyusufmarlon@gmail.com

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Universiti Kebangsaan Malaysia
Department of Dakwah dan Leadership

References

Abdul Ghafar Haji Don, Anuar Puteh & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2009. Islam dan Saudara Kita. Shah Alam: BPI, MAIS.

Adha Ghazali. 2013. Mualaf Maut Didera. http:// www.sinarharian .com.my /edisi/ utara/ mualaf-maut- didera -1.222725 . (Tarikh Akses 20 November).

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, et.al. 2011. Penghayatan Islam Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu. Dlm. Razaleigh Muhamat@Kawangit (pnyt.). Isu-isu Pengurusan Saudara Muslim, hlm. 14-68. Bangi: UKM.

Alex Sobur. 2003. Psikologi Umum. Bandung: Pustaka Setia.

Ann Wan Seng. 2009. Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.

Anuar Puteh. 1999. Program Kefahaman Islam Saudara Baru Cina di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Desmita. 2009. Psikologi Perkembangan. Bandung: Remaja Rosda Karya.

Enung Asmaya. 2003. Dai Sejuk Dalam Masyarakat Majemuk. (Peng) Din Shamsuddin. Jakarta: PT Mizan Publika

Juhaidi Yean Abdullah. 2012. Isu Murtad di Malaysia: Perlunya Kaedah Inovatif dan Tegas, dlm. Mohd Shauki Abd Majid et. al. (pynt). Dakwah Jendela Pemikiran Ummah. Kuala Lumpur: YADIM.

Ibn Manzur. t.th. Lisan al-Arab. Birut: Dar al-Sadir.

Kamus Dewan. 1997. Ed.3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kartini Kartono. 2002. Psikologi Perkembangan. Jakarta: Rineka Cipta.

Mariam Abdul Majid. 2011. Mualaf Di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian Tentang Kepuasan Diri Dalam Kehidupan Islam. Tesis Doktor Falsafah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya.

Md Rosli Bin Haji Ismail. 2007. Interaksi dan Adaptasi Budaya Golongan Ekspatriat Jepun di Malaysia. Tesis Sarjana Institut Kajian Antarabangsa dan Malaysia, UKM.

Md Shahjehan Maamin. 2009. Cabaran Getir Saudara Baru. Utusan Melayu (Oktober 27).

Nawi Jusoh. 2006. Mengapa Kami Memeluk Islam. Selangor: DNJ Consultant Sdn. Bhd.

Nofiana Sari. 2010. Pengaruh Rasa Percaya Diri dan Penyesuaian Diri Terhadap Kemampuan Berinteraksi Sosial Siswi Kelas X di SMK Negeri 2 Pacitan. Madium: Madium.

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao & Fariza Md Sham. 2009. Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari (2): 83-98.

Norain Saleh. 2011. Ramai Mualaf Pohon Murtad. http://malaysiakini.com (Tarikh akses 18 Oktober 2013).

Al-Razi, Muhammad Abu Bakar. 1979. Mukhtar al-Sihah. Beirut: Kitab al-Arabi.

The Concise Oxford Dictionary. 1995. New York: Oxford University Press.

Ting, Chew Peh. 1979. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Safarwan. 1995. Kamu Besar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published
2014-09-08
How to Cite
Guleng, M., Muhamat@Kawangit, R., & Mohamad, A. D. (2014). PENYESUAIAN DIRI MUALLAF TERHADAP MASYARAKAT DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP). Al-Hikmah, 6(1), 78-93. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/66
Section
Articles